click untuk menang

jom buat duit free jer...

kawan2 dah dapat 300 ke 400 rm sebulan,korang bile lagi..hanya daftar disini..free untuk korang..(click)

Wednesday, June 8, 2011

maksud jata negeri dimalaysia

assalamualaikum,
tibe2 lak pagi xd aku terpikirkan tengtang jata negara dan negeri kite.
aku yakin sangat2 yang korang semua hanya tahu tengtang jata negeri masing2 (tu pun law korang taw lah or buat2 taw)haha.

kat sni aku nak kongsikan maksud jata negara dan negeri kite,
jadi jom kite same2 blajar yerk..haha
mne taw korang mintak keje kang, dieorang tanye pasal jata negara lak..
tak ke pening nk jawab.hehe.

kalaw korang bace nie sekali impas pun xpe.ingt lah jugak sikit nanti..
teruskan membaca..hiii



jata negara (malaysia)

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi Kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bintang dan anak bulan melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai dengan simbol pokok pinang melambangkan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan simbol pokok Melaka melambangkan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada masa tersebut.

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah perisai, warna hitam dan putih ialah warna Negeri Pahang; merah dan kuning warna Negeri Selangor; hitam, putih dan kuning warna Negeri Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah menandakan negeri Sabah di sebelah kiri, Sarawak di sebelah kanan dan di tengahnya ialah Bunga Raya Bunga Kebangsaan. Dua ekor harimau ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-Negeri Melayu Bersekutu itu di pakai dalam Lambang Malaysia. Cogan – Bersekutu Bertambah Mutu – ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan ialah warna Diraja Yang Maha Mulia Raja-Raja.

sarawak



Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

sabah


Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah

selangor

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah KerisPendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu

kedah

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda

Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan


perak

Aigrette di-Raja sebagai tanda kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai Agama rasmi. Bintang Pecah Sembilan - menunjukkan terdapat 9 daerah dalam Negeri perak. Pedang Kerajaan - bernama Cura Si Manja Kini (melambangkan kekuasaan) Cogan kata "Allah Peliharakan Sultan Perak" - doa rakyat kepada Sultan Pemerintah Negeri.Bunga Padi melambangkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri

perlis


Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

pulau pinang


Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinangyang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang

negeri sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar


melaka



§ Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.

§ Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu.

§ Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

§ Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.

§ Dua ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelanduklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

§ "BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri

johor



Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri Johor, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.

Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"

pahang


Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna

terengganu



Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran

kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

p/s: mesti korang tak pernah terpikir nak ingat benda nie kan..

1 comment:

  1. Mohon nak gune gambar dalam post ni,,,just nak buat personal video...thanks...

    ReplyDelete

ping kan blog anda,dan dapatkan ribuan trafik!! >> Blogger Ping
komen lah sikit kawan..komen banyak2 pun boleh
nak copy entry nie boleh..tp tolong promote link skali sebagai sumber asal..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom buat duit dengan mudah..dan TANPA MODAL..untung lebih nie..

daftar free dan lihat duit masuk ke akaun anda,hanya click line ni untuk daftar percuma..(CLICK)

click sini