click untuk menang

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

jom buat duit free jer...

kawan2 dah dapat 300 ke 400 rm sebulan,korang bile lagi..hanya daftar disini..free untuk korang..(click)

Wednesday, June 8, 2011

asal-usul melayu

asalamualaikum, jom kita ketahui mana dari mana sebenarnya asal usul orang melayu.
p/s:baca entry kat bawah ni sampai abiss....

Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.

Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan secara tepat.

Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.


Bahasa menunjukkan bangsa.

Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Di dalam artikel Resam Melayu sebelum ini – Bahasa dan Tamadun Melayu, mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.

Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).

Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang digunakan.

Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.

Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resamMelayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Wasalam.

2 comments:

ping kan blog anda,dan dapatkan ribuan trafik!! >> Blogger Ping
komen lah sikit kawan..komen banyak2 pun boleh
nak copy entry nie boleh..tp tolong promote link skali sebagai sumber asal..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom buat duit dengan mudah..dan TANPA MODAL..untung lebih nie..

daftar free dan lihat duit masuk ke akaun anda,hanya click line ni untuk daftar percuma..(CLICK)

click sini