Komik jejas akidah tersebar
KUALA LUMPUR – Sebuah komik bergambar yang berjudul Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam apabila isi kandungannya didapati menyentuh sensitiviti agama.
Buku itu yang diterbitkan oleh Bibles International of Canada pada tahun 1996 dan kemudian diedarkan ke Indonesia dan diulang cetak sebanyak dua kali (1996 dan 1998) dipercayai menembusi pasaran Malaysia sejak tahun lalu.
Seorang pembaca yang mengirimkan e-mel kepada Kosmo! Ahad memberitahu, buku itu telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar kawasan Bukit Bintang di sini.
“Saya memperolehnya secara tak sengaja apabila ada pihak yang meletakkan komik itu dalam bakul motosikal saya.
“Buku itu bukan sekadar komik bergambar untuk kanak-kanak tapi apa yang mengejutkan ialah ia bercanggah dan boleh pesongkan akidah kita terutama kanak-kanak,’’ katanya.
Hasil penelitian Kosmo! Ahad mendapati kecurigaan itu terbukti apabila ilustrasi sebuah keluarga yang sedang bersembang membangkitkan pertanyaan seorang anak tentang bagaimana al-Kitab (merujuk kepada kitab Injil) boleh dianggap buku Allah.
Kemudian si bapa mengeluarkan dialog: “Allah memakai 40 orang. Mereka menulis 66 kitab selama 1,500 tahun. Semuanya cocok dengan satu dengan yang lainnya. Hanya Allah yang dapat membuat buku seperti itu.’’
Bukan setakat itu saja, penulis yang menggambarkan Nabi Isa sebagai Yesus telah memetik tulisannya (merujuk kepada Injil) tetapi menggunakan perkataan Allah berkali-kali.
Komik Sesat
Hakikatnya, diri saya juga anda perlu berhati-hati. Berhati-hatilah dengan adik-adik, dan anak-anak kita agar mereka tidak terjebak dengan konspirasi-konspirasi seperti ini. Konspirasi mereka, sama seperti agenda di sebalik kotak televisyen atau ‘Fool Box’ di rumah kita. Mengelirukan umat Islam terutamanya golongan kanak-kanak untuk di’DOKTRIN’kan pemikiran mereka. Nauzubillah.
Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan berita ini. Walaupun sebelum ini, telah banyak berita-berita yang telah berleluasa berkenaan PERANG di majoriti negara penduduk Islam sedunia. Ini bukan PERANG SENJATA! Tetapi, PERANG PEMIKIRAN terhadap kehidupan kita seluruhnya. Mereka tidak akan redha selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka.
“Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)
Berikut adalah laman web yang dicipta untuk menyesatkan umat Muhammad s.a.w:-
www.answering-islam.org
www.aboutislam.com
www.thequran.com
www.allahassurance.com
Check it out!
****
Apapun, ada yang lebih BESAR dari itu.
Kadangkala, kita berkata mereka yang berbuat seperti ini SESAT.
Tetapi, bertanyalah kembali kepada diri anda siapakah yang SESAT sebenar-benarnya?
Adakah mereka yang me”NYESAT”kan?
Atau kita yang terus membiarkan diri dan keluarga kita “SESAT” tanpa arah tujuan?
Bertanyalah pada hati..
Muhasabah pada diri..
BACK TO THE BASIC!
p/s:sumber (click)
nice sharing... alhamdulillah... moga dielakkan drpd perkara2 sebegini...
ReplyDeletekoqin: yap..share jer....hehe
ReplyDelete